MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kelantan

Heroin ‘Ketika Cinta Bertasbih’ Di Kelantan

Heroin filem Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’, Oki Setiana Dewi dijangka akan memeriahkan Hari Hiburan Islam (HAI) di Kelantan pada 9 Mac depan.

Selain pelakon seberang ini, selebriti lain yang akan turut membuat penampilan pada program tersebut adalah Daphne Iking dan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.
Kesemua selebriti terbabit dijadualkan akan menjadi panel untuk salah satu slot dalam program HAI iaitu `Bicara Selebriti’ yang akan diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre pada 9 Mac bermula pukul 9 malam.
Selain itu, Oki Setiana Dewi turut dijadual menyertai slot `Melukis Pelangi’ yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan pada 10 Mac bermula pukul 11 pagi. ~MediaHiburan

sumber : wstarz.com