MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kelantan

Mufti Kelantan: Konsert artis tajaan syarikat judi adalah haram

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad telah menyatakan bahawa konsert atau acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian atau arak adalah aktiviti haram dan ditegah oleh agama Islam.

"Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar dariapda hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.

"Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul jika sumber yang diterima daripada hasil yang haram.

"Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel bogel dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," katanya kepadamStar.

Shukri turut menasihati para artis tempatan supaya lebih berhati-hati apabila mendapatkan penaja kerana jika ianya dari sumber yang salah, pendapatan yang diterima itu haram.

"Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak?

"Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri."

- tupai.com.my