MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kelantan

100 asnaf terima sumbangan

Seramai 100 asnaf zakat menerima sumbangan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim sempena majlis Ihya Ramadan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, dekat sini.

Mazlan sebelum itu berbuka puasa bersama tetamu di dewan IPD Tanah Merah dan solat Maghrib berjemaah di Masjid Ismail Petra.

Seusai solat, tetamu kembali ke dewan untuk menjamu selera, disusuli acara penyerahan sumbangan kepada asnaf dan sumbangan al-Quran untuk kegunaan surau dua IPD berkenaan oleh Mazlan.

Dalam ucapannya, Mazlan yang akan bertukar ke jawatan Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, 18 Julai ini, memohon maaf kepada pegawai dan anggota polis jika ada yang ‘terasa hati’ dengannya sepanjang beliau berkhidmat di negeri ini.

“Saya tak akan lupakan Kelantan. Insya-ALLAH, saya akan datang lebih kerap dan harap kita dapat berjumpa lagi,” katanya.

Program anjuran bersama IPD Tanah Merah dan IPD Jeli itu turut dihadiri isteri Mazlan, Datin Anizah Musa, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar, Adun

Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha, bekas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan dan Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Mazlan berkata, selepas 10 tahun berkhidmat di Kelantan dan sebelum itu di Perlis dan Pulau Pinang, pertukaran terbaharu itu diterimanya sebagai perancangan ALLAH untuk mendekatkan beliau dengan keluarganya yang menetap di Shah Alam.

 

Sumber:Sinar harian