MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kelantan

'Buleh doh tu, bui sikit sore'

Rantau Panjang: Kawasan tali air di Kampung Serongga, Repek di sini menjadi tumpuan penduduk kampung untuk menangkap ikan menggunakan kelambu dan tudung saji.

Penduduk, Azizul Ramli, 35, berkata, dia menggunakan kelambu yang sudah tidak digunakan untuk menggantikan jala atau bubu ketika menangkap ikan di tali air berdekatan kampungnya.

"Pada asalnya, idea menggunakan kelambu ini sekadar untuk mencuba namun banyak juga hasil tangkapan ikan yang saya dapat.

"Biasanya kelambu ini digunakan hanya untuk menangkap ikan kecil seperti ikan sepila, ikan lambak dan anak setali dan ia sesuai digunakan ketika air banjir mulai surut," katanya.

Bagi Saidi Ab Rahman, 49, dia menggunakan tudung saji bagi menangkap ikan sambil menemani cucunya bermain air.

"Hasil yang saya dapat tidak banyak tetapi cukup untuk dijadikan lauk buat kami sekeluarga," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro