MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kelantan

Kelantan sedia hantar pendakwah ke madrasah BN

Kerajaan Kelantan sedia menghantar tenaga pengkuliah di masjid atau madrasah yang dinaungi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, kata exco negeri Datuk Nassurudin Daud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta itu berkata, jika ada permohonan, kerajaan negeri sedia menghantar pengkuliah Unit Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
 
Sementara itu, Nassurudin juga berkata pendakwah unit itu tidak pernah memburuk-burukkan mana-mana pemimpin.
 
“Kita tidak pernah ajar untuk buruk-burukkan sesiapa, namun kalau pemimpin itu sudah buruk orang ramai sedia maklum,” katanya.
 
- malaysiakini