MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kelantan

Ramai ahli Pas macam buah harumanis

Sekarang memang nampak Pas tidak banyak terkesan dengan 'penghijrahan' bekas pemimpin dan ahlinya ke dalam Parti Amanah Negara (PAN).

Grup 18 bekas pemimpinnya yang kini menjadi pemimpin PAN menyebabkan Pas hanya mengalami sedikit pause dalam aktivitinya organisasinya. Pembubaran beberapa cawangan juga tidak menyebabkan Pas goyah sebagai parti established di negara ini.
 
Malah ramai melihat PAN akan berkubur seperti parti-parti serpihan Pas yang lain sebelum ini.
 
Bagaimanapun, menurut sumber, Pas sebenarnya mengalami kelompongan yang besar terutama dalam ahli-ahlinya yang profesional. Untuk merekrut semula golongan baru profesional ke dalam Pas pula bukan satu tugas yang mudah.
 
Memang golongan ustaz dalam Pas dapat mengemudikan parti tetapi dilihat masih gagal meresap masuk dan mempengaruhi golongan muda berpendidikan tinggi secara beramai-ramai seperti dahulu.
 
Menurutnya, masih ramai simpati PAN masih kekal di dalam Pas. Mereka hanya menunggu masa dan ketika untuk menyatakannya secara terbuka dan dijangka berlaku pada saat-saat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.
 
"Mereka ini dianggap macam buah mempelam harumanis. Hijau di luar tetapi oren isinya. Mereka ini kini berdiam diri dan melihat perkembangan sebelum menyokong PAN dalam PRU-14," jelasnya.
 
Katanya, perkembangan muktahir ini melihatkan trend Pas bekerjasama dengan UMNO juga menyebabkan mereka semakin 'membuak-buak' kemarahan dan bertambah kuat menyokong PAN.
 
Tinggal lagi mereka ini masih menghormati pimpinan lama dalam Pas dengan tidak menyerlahkan sangat warna sebenar mereka.
 
Senario itu, katanya, sudah berlaku kepada pimpinan Pas di bahagian-bahagian terutama di Lembah Klang dan bandar-bandar besar.
 
Malah, katanya, ahli Pas buah harumanis yang paling mudah diteka ialah Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.
 
Kecenderungan kedua-duanya dalam Pakatan Harapan bukan lagi rahsia.
 
Malah terbaharu, kerjasama Pas dengan Parti Ikatan jelas menunjukkan keperluan Pas membentuk parti mewakili semua kaum sebagai blok pembangkang dan kerjasama itu menguatkan lagi sangkaan Pas bakal tidak relevan dalam PRU-14 nanti.
 
- MalaysiaGazette