MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kelantan

Promo Ad 5

PASAR BESAR SITI KHADIJAH

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Para peniaga menjual pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, makanan kering, rempah-ratus dan banyak lagi barang keperluan. Terdapat juga kedai yang menjual kain batik dan hasil kraf tangan negeri Kelantan.
 

Source : http://ohdestinasiku.blogspot.com/2011/10/tempat-tempat-menarik-di-kelantan.html