MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kelantan

Promo Ad 6

BAZAR TOK GURU

Bazar Tok Guru adalah tempat membeli-belah terbaru di Kelantan yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 2011. Kewujudan bazar ini adalah menggantikan pasar MPKB dan Arked UDA yang dirobohkan. Sebahagian besar peniaga di pasar MPKB dan UDA telah  berpindah ke Bazar Tok Guru ini.

Ia dibina dengan konsep bercirikan Islam. Rekabentuk bangunan seperti kubah dan gerbang masuk diambil dari rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah.

Pelbagai kemudahan yang disediakan di Bazar Tok Guru ini. Antaranya adalah:

Tingkat Bawah – Lot-lot perniagaan.
Tingkat 1 & 2 – Lot-lot Bazar berjumlah lebih 400 unit.
Kemudahan tempat letak kereta di tingkat semi basemen.
Empat (4) gerbang masuk utama.
Tempat letak bas pelancong.
Perhentian pengangkutan awam seperti bas, teksi dan beca.
Kaunter Penerangan Pelancong.
Kemudahan bank dan mesin ATM.

Apa yang dijual?

Pelbagai jenis pakaian, tudung dan kain boleh didapati di sini. Antaranya ialah seperti tudung bawal, baju lelaki dan wanita, kain ela, kain batik, kain sarung, kain sembahyang, kain pelikat dan pelbagai lagi jenis kain dan pakaian. Pendek kata, semua ada. Malah sesetengah dari penduduk tempatan mengatakan Bazar Tok Guru adalah syurga membeli-belah terbaru di Kelantan dengan tawaran harga yang murah.

 

Oleh kerana pasar MPKB dahulu menjual barangan berupa pakaian yang murah atau dijual dengan harga borong, maka harga di Bazar Tok Guru juga tidak jauh bezanya dari pasar MPKB dahulu kerana sebahagian besar dari peniaganya adalah orang yang sama. Sangat dicadangkan untuk shopping barangan berupa pakaian, tudung, toto dan kain di sini kerana harga yang ditawarkan adalah antara yang termurah di Kelantan berbanding di beberapa pusat membeli-belah yang lain.


 Syurga tudung bawal asli dan pelbagai jenis tudung yang boleh dibeli dengan harga borong jika dibeli dalam kuantiti yang banyak

Ruang parking yang disediakan adalah banyak, anda tidak perlu risau dengan parking. Tidak sah jika tidak menghabiskan sekurang-kurangnya 1 jam untuk shopping di sini. Kedai barangan runcit juga disediakan untuk anda membeli makanan atau minuman ringan untuk anak-anak sambil menunggu anda shopping.

Sumber : http://www.cutikelantan.com/shopping/bazar-tok-guru/